Welkem. Wazzapp next? Follow or Dashboard

Kepada awak yang bernama K E K A S I H .

Untuk MOHD FAISAL bin HASSAN . 


Awak..
Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya ,
Terima kasih kerana mengajar banyak perkara pada saya ,
Terima kasih kerana sudi memimpin saya tatkala saya jatuh ,
Terima kasih kerana sanggup menemani hari-hari sepi saya ,
Terima kasih awak ,
Saya sayang awak ,
Kini ,
dan selamanya .

Awak ,
Saya masih merindui kata kata manis dari awak ,
Saya masih merindui kehangatan pautan cinta awak ,
Saya tidak pasti mengapa ,
Saya tidak tahu mengapa adanya jurang itu ,
Saya tidak bisa menahan hati dari mencintai awak ,
Saya tersungkur lagi awak ,
Saya jatuh lagi ,
Dan ketika saya mendongak ke atas ,
Saya mahukan awak memimpin saya ,
Membantu untuk saya bangun lagi ,
Namun saya tak nampak kelibat awak .

Awak ,
Mengapa awak menghilang ,
Mengapa awak tidak lagi bersama saya ,
Saya bahagia dengan nukilan sms awak ,
Saya gembira dengan panggilan cinta awak ,
Saya rindukan semua itu awak ,
Saya rindukan awak .

Awak ,
Seandainya ada jodoh antara kita ,
Pastilah saya orang yang paling bahagia ,
Pastilah saya orang yang paling bertuah memiliki awak ,
Pastilah saya orang yang paling bangga ,
Tapi ,
Awak harus ingat ,
cinta saya pada awak adalah kerana akhlak dan agama 
Yang ada pada diri awak ,
Dan kerana itu jugalah ,
Susah untuk saya berpaling dari yang lain ,
selain awak .
Saya sayang awak sangat-sangat .

2 comments:

CikAnyss' :O said...

ehem ehem ,, angau ke ni ? hehe

Nurwaheediah said...

CikAnyss : haha . lebih kurang macam tu la bunyi nye . :))