Welkem. Wazzapp next? Follow or Dashboard

Sabarlah wahai hati. :(

Assalamualaikum. Hari ni baru berkesempatan nak bercerita or dengan kata lain meluahkan segala isi hati yang disimpan di dalam hati ni. sebelum tu, nak ucap terima kasih sangat-sangat kat seorang kawan ni sebab dah sudi cerita semuanya pasal si DIA. sebab tak nak tengok saya bersedih dan terus disakiti oleh si DIA, then kawan tersebut pun cerita semua tentang si DIA. thanks friend. :D tak lupa jugak untuk Hana dan Lija, sebab selalu bagi support kat saya. Hana, thanks sebab selalu bagi kata-kata perangsang untuk saya. Lija, thanks sebab sudi tolong saya dan selalu bagi support. thanks so much. semoga Allah dapat balas kebaikan korang. 


kembali kepada cerita, menurut sumber yang dipercayai *cehh, gramatis pulak ayat kau. dah dah. * didapati bahawa si DIA tak pernah ada sedikit pun perasaan kat saya. sezarah perasaan pun tak ada. Ya Allah, saat saya tahu pasal hal tu, air mata terus mengalir. hanya Allah saja yang tahu perasaan saya pada saat tu. belum lagi tahu yang lain. memang selama ni si DIA dah berubah 360 darjah! memang dah tak pedulikan saya lagi. jika benar memang si DIA tak pernah ada perasaan kat saya, memang saya la manusia yang paling bodoh kat dunia. 


nak menyesal sebab pernah kenal dan mencintai dia pun dah tak guna. apa-apa pun, saya tetap bersyukur sebab Allah telah tunjukkan perkara yang sebenar kat saya sebelum hal yang lebih teruk terjadi. alhamdullilah. 


untuk awak yang pernah menjadi kekasih saya, Mohd Faisal Hassan :


awak, sekarang ni saya tak tahu nak benci awak atau tak sebab saya dah terlalu sayangkan awak. saya tak pernah menyesal pernah mencintai awak. berkenalan dengan awak adalah hal yang terindah dalam hidup saya. walaupun saya pernah berharap yang kita akan bersama-sama sampai kita diijabkabulkan sebagai suami isteri, namun takdir Allah takde seorang pun yang dapat melawan. saya harus akur yang kita tak dapat bersama lagi. dan saya jugak harus akur yang kita mungkin tak ada jodoh. maafkan segala kekhilafan dan kekurangan saya sepanjang kita bersama. kenangan kita, iaitu awak dan saya tetap kekal dalam ingatan saya. mungkin suatu hari nanti awak akan lupakan saya. tapi percayalah, saya    tak akan lupakan awak. sebab awak, saya tahu erti cinta. sebab awak, saya tahu erti pengorbanan. sebab awak, saya jugak tahu erti kecewa. walaupun saya sangat kecewa dengan hubungan kita, tapi tak bermaksud saya harus menangisi pemergian awak setiap hari. saya akui, setiap kali teringat kat awak, saya akan menangis. awak, macam mana saya nak lupakan awak setelah lima tahun kita bersama? awak sendiri tak pernah ajar saya mcm mana nak lupakan awak. sampai nya hati awak buat saya macam ni. tapi nak buat macam mana. org dah tak suka kat kita. awak pun tak pernah nak explain apa-apa kat saya. saya kat sini cuma dapat doakan supaya awak sentiasa bahagia di samping orang-orang yg awak sayang. mungkin saya dah tak lagi termasuk dalam golongan yg awk sayang. tapi saya cuma nak awak tahu, yang saya akn tetap sayang kat awak sampai bila-bila. mungkin awak dah jemu dengar saya cakap hal yg sama, tapi itulah hakikatnya. walaupun selama ni saya hanya bertepuk sebelah tangan je, saya tetap sayang kat awak. saya sayangkan awak sampai bila-bila. saya harap awak mengerti hati dan perasaan ni. assalamualaikum cinta. :'(