Welkem. Wazzapp next? Follow or Dashboard

sayang , maafkan saya .



" Nur sayangkan Fais ." Kata-kata yang bermakna itu masih terngiang-ngiang dalam telinga Fais Akmal . Air mata lelakinya tumpah lagi kala mengenangkan seorang wanita yang pernah dilukainya . Teresak-esak Fais menangis tatkala menatap sebuah gambar seorang gadis dalam sebingkai foto itu . Kini , semuanya sudah tak bererti lagi .

" Nur , kenapa Nur tinggalkan Fais ? Kalau Nur sayangkan Fais , Nur tak akan tinggalkan Fais sekarang ni ." rintih Fais dalam hati . Fais ingin mengulang kembali masa lalu dan setulusnya menyayangi wanita yang bernama Nur itu . Fais tidak akan sesekali mengkhianati cinta yang telah diberikan oleh Nur . Fais ingin menebus semua kesalahannya terhadap Nur selama ini . Tapi , semuanya sudah terlambat . Nur tak akan kembali lagi . Nur akan meninggalkan dunia dan Fais untuk selamanya . 

" Tak guna menyesal dengan apa yang telah terjadi Fais . Yang pergi menghadap Ilahi tak akan kembali lagi sayang . Ikhlaskanlah pemergian Nur . " kata ibu kepada anak tunggalnya itu . " Bila dia sudah tiada di depan mata , bila kita sudah kehilangannya , barulah kita menghargainya , barulah kita mengingatinya ." suara ibu yang kecewa dengan sikap Fais yang mempermainkan wanita sebaik Nur .


" Fais menyesal , ibu . Fais telah mensia-siakan wanita sebaik dan setulus Nur . Fais telah mengabaikan dia , ibu . Fais menyesal , ibu . Maafkan Fais, ibu ." kata Fais dengan nada yang kesal . " Nur tak akan kembali lagi sekalipun engkau menangis air mata darah , sayang . Fais telah melukakan hati Nur . Fais telah mensia-siakan wanita baik yang berada di hadapan Fais . Nur telah pergi dengan hatinya yang terluka disebabkan Fais . Tapi ibu yakin . Nur telah memaafkan Fais sebab Nur kan seorang yang pemaaf . Ibu yakin Nur pasti telah memaafkan Fais setulus hatinya ." kata ibu untuk menenangkan hati anak tunggalnya itu . Sesungguhnya ibu juga kesal dan sedih kerana Fais telah melukakan dan mempermainkan gadis sebaik Nur .  Tetapi ibu juga sedih sebab Fais terus-terusan menyalahkan dirinya atas kematian Nur . Dirinya juga sudah tidak terurus . Makan minumnya terabai .Tapi semuanya memang salah Fais. Fais tidak tahu membezakan antara intan dan permata yang berada di hadapannya . 
" Nur... " rintih Fais . Wajah ayu Nur terbayang dimatanya. Lantas otaknya mengamit kembali segala kenangan bersama Nur . 


******************************************************************************


" Maafkan saya . Saya tak nampak encik tadi . " ucap Nur ketika dia berlanggar dengan seorang lelaki ketika Fais ingin memulangkan buku di kaunter perpustakaan . Fais hanya memandang gadis bertudung putih itu mengutip buku-bukunya yang jatuh disebabkan pelanggaran yang berlaku tadi . " Sekali lagi maafkan saya , encik. " kata gadis bertudung putih itu . Fais terpaku melihat seraut ayu wajah Nur . Tergesa-gesa Nur berlalu pergi .


Sejak dirinya berpisah dengan Ila , Fais sering menyibukkan dirinya dengan segala jenis pekerjaan di pejabatnya . Jika mempunyai masa lapang, Fais akan meluangkan masanya dengan membaca buku atau bersiar-siar di taman yang tidak jauh dari rumahnya. Dengan begitu Fais tidak terlalu memikirkan kebodohan dirinya yang terlalu mencintai Ila yang telah mengkhianati cintanya selama ini .


" Encik , boleh bagi kad encik kepada saya?" Fais tersedar dari lamunannya memikirkan Ila yang tidak berhati perut itu . Dia mengangkat kepalanya . "Bukankah gadis tersebut yang berlanggar dengan dia tadi?" gumam Fais dalam hati. " Emm ... maafkan saya." lantas Fais mengeluarkan sekeping kad perpustakaan berwarna putih miliknya kepada Nur . Sempat Fais melihat tag nama kepunyaan gadis tersebut . NUR , bermaksud cahaya. Indah nama itu . " Encik, ini kad encik. " Nur menghulurkan kad kepunyaan Fais . "Indah nama awak tu. NUR. "kata Fais. "Terima kasih,encik. Datang lagi." ujar Nur dengan senyuman. Nur mengakui sememangnya lelaki itu memang kacak dan bergaya.


Sejak dari pelanggaran tempoh hari, pertemuan demi pertemuan telah terjadi. Bagaikan telah ditetapkan bahawa antara mereka ada jodoh. Dari seorang sahabat kemudian bertukar menjadi seorang kekasih. Sepanjang bersama Nur, Fais dapat melupakan segala peristiwa dan ingatan terhadap Ila. Hidupnya dulu yang agak kusam dan sepi, kini kembali bersinar sejak kehadiran Nur dalam hidupnya. Namun, disebalik keriangan itu, tidak pernah ada sekelumit pun perasaan cinta Fais terhadap Nur. Bagi Fais, Nur hanya tempat untuk dia melupakan Ila.


"Fais tak patut buat Nur macam tu. Fais dah janji macam-macam kat Nur selama ini. Fais tak boleh nak cancel majlis perkahwinan ni macam ni je. Hal macam ni memalukan Nur sekeluarga." kata ibu dengan marah. Tak sampai hati ibu bila terpaksa menipu Nur ketika Nur menelefonnya tadi. Suara gadis tersebut tenang dan tak melenting bila diberitahu bahawa majlis perkahwinan tersebut terpaksa dibatalkan atas alasan-alasan yang tak dapat dielakkan. Semuanya adalah atas kehendak anak tunggalnya itu. 


Fais berubah fikiran setelah Ila datang kembali menagih cinta daripadanya. Ila tak bahagia dengan lelaki yang bersamanya saat dia meninggalkan Fais.  Ila meminta supaya hubungan mereka yang dahulunya terputus dijalinkan kembali. Fais tanpa berfikir panjang terus menjalinkan hubungan dengan Ila tanpa pengetahuan ibu dan ayah. "Habis dulu kau beria sangat suruh ibu dan ayah pergi meminang si Nur kenapa? Jangan Fais main-mainkan Nur. Ibu tak suka Fais buat perangai macam tu." kata ibu dengan tegas. 


"Fais anggap Nur tu sebagai tempat Fais melupakan Ila. Fais tak pernah ada apa-apa perasaan pun kat Nur. Fais cintakan Ila. Fais masih sayangkan Ila, bu. Fais minta maaf."  kata Fais dengan nada yang tidak bersalah. "Fais akan menyesal nanti!" teriak ibu ketika Fais hendak keluar untuk berjumpa dengan Ila. 


******************************************************************************
"Mak cik minta maaf kat Nur sekeluarga. Mak cik sendiri tak tahu kejadian macam ini akan berlaku . Mak cik minta maaf sangat-sangat bagi pihak keluarga mak cik." kata ibu dengan malunya. "Tak apa cik. Kami tak kisah pun. Kami anggap semua tu ujian dari Allah s.w.t. Kami pun dah gantikan majlis perkahwinan tu dengan majlis doa selamat. Kami pun tak kisah dengan segala yang bakal keluar dari mulut orang kampung ni." ujar Mak Salmah dengan ikhlasnya.


Fais bersujud menhadap Yang Maha Esa. Fais menadah tangan memohon keampunan kepada Allah s.w.t. Selama ini dia lalai dan leka akan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t. Setelah mendapati Nur tak lagi bekerja di tempat pertemuan mereka dahulu, Fais bergegas menuju ke rumah Nur di kampung. Fais terkedu bila melihat orang ramai mengerumi rumah Nur. 


"Nur ada pak cik?" tanya Fais kepada Pak Mustafa. Pak Mustafa menarik nafas panjang. "Fais.. Nur dah tak ada lagi." kata Pak Mustafa dengan sedihnya. " Nur seakan tahu yang Fais akan mencarinya di sini. Sebelum Nur pergi, dia sempat memberi sepucuk surat kepada makcik untuk kamu. Dia sempat pesan yang dia minta maaf sangat-sangat kat Fais kalau dia pernah melukakan dan menyakitkan hati Fais. Fais doakanlah agar Nur ditempatkan di tempat-tempat orang yang beriman." kata Mak Salmah sambil menghulurkan sekeping surat dari Nur kepada Fais.


"Assalamualaikum, awak. Sebelum tu saya nak minta maaf kat awak. Saya minta maaf kalau selama perkenalan kita, saya telah menyakitkan hati awak. Selama kita berkenalan, saya bahagia sangat dengan awak. Saya tak pernah berasa kesunyian sepanjang mengenali awak. Awak, maafkan saya sekali lagi. Selama ni saya simpan semua rahsia ni dari awak. Awak, saya hidap penyakit barah otak. Doktor cakap penyakit saya dah peringkat akhir. Awak, saya minta maaf. Saya tak dapat nak bagitau kat awak. Saya tak kuat nak bagitau kat awak tentang penyakit saya. Kalau saya nak buat operation pun, belum tentu saya akan sembuh. Awak, selama ni saya dah maafkan awak. Selama ni saya tahu awak tak pernah sayangkan saya. Saya tahu awak tak pernah cintakan saya. Saya tahu saya cuma tempat persinggahan awak je untuk lupakan kekasih lama awak. Tapi, saya tak kisah pasal semua tu. Mungkin Allah kurniakan awak sementara untuk saya supaya saya sempat berasa kebahagiaan walaupun sekejap sebelum saya pergi untuk selamanya. Awak, maafkan saya. Saya akan tetap dan selalu mendoakan awak akan mendapat seorang wanita yang dapat memahami dan menyayangi awak setulusnya. Saya akan selalu mendoakan kebahagiaan awak. Awak, saya tak pernah ungkapkan kata-kata ni untuk awak. Awak, saya sayangkan awak sampai bila-bila. Awaklah cinta pertama dan terakhir saya. Selamat tinggal,sayang. Doakanlah kesejahteraan saya di akhirat nanti,sayang."


                                                                                                        -sayang-










*p/s : bie, syg mintak maap. :'(







1 comment:

zafinaszainudin said...

hey, do follow me :))i ody follow u :))